Sesungguhnya setiap aplikasi yang dihasilkan, mempunyai impak yang positif serta negatif sama ada terhadap masyarakat ataupun pelajar.
Impak kepada masyarakat:
Positif.
1. Memudahkan urusan
Dalam dunia hari ini, segala-galanya ingin dilakukan dengan pantas. Justeru, dengan adanya aplikasi Whatsapp ini, secara tidak langsung mampu memudahkan dan mempercepatkan urusan seperti perniagaan dan lain-lain lagi.
2. Mengeratkan hubungan dengan kenalan serta ahli keluarga
Sesungguhnya aplikasi Whatsapp adalah medium terbaik untuk menghubungkan kenalan serta ahli keluarga yang sudah lama terpisah. Mereka boleh berhubung tanpa batasan selain dapat mengetahui keadaan terkini orang yang bermeseg dengannya.
3. Medium untuk menyebarkan ilmu pengetahuan
Hari ini, untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, tidak semata-mata kita perlu hadir ke sekolah. Dalam dunia serba canggih hari ini, Whatsapp juga boleh menjadi salah satu sumber untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dengan berkongsi segala maklumat yang berkaitan dengan kenalan sama ada secara peribadi ataupun kumpulan. ilmu pengetahuan yang dikongsikan akan lebih cepat tersebar jika dikongsikan melalui aplikasi 'group' di Whatsapp. Contoh ilmu pengetahuan yang boleh dikongsikan di Whatsapp seperti ilmu kegamaan, isu-isu semasa dan sebagainya.
Negatif.
1. Menjadi seorang yang anti-sosial
Hal ini terjadi apabila seseorang itu terlalu leka menggunakan aplikasi Whatsapp sehingga lupa akan tanggungjawab yang digalas pada waktu itu seperi ibu, bapa, pelajar mahupun pekerja. Mereka terlalu asyik berbalas pesanan tanpa mempedulikan orang sekeliling yang harus diberikan lebih perhatian. Rentetan daripada gejala ini, mereka akan menjadi lebih pendiam, kesunyian dan tiada keyakinan diri.
2. Mengurangkan produktiviti kerja
Apabila hampir setiap orang menggunakan telefon pintar dan mempunyai aplikasi Whatsapp, pastinya fokus mereka terhadap kerja berkurangan akibat asyik menggunakan aplikasi tersebut. Hal ini ditambah lagi dengan kewujudan 'group' di dalam aplikasi Whatsapp, membuatkan telefon pintar setiap individu tidak pernah sunyi daripada dimasuki pesanan-pesanan daripada 'group' yang mereka sertai.
3. Media untuk menyebarkan fitnah
Penggunaan yang berleluasa terhadap aplikasi Whatsapp menyebabkan fitnah juga berleluasa. Whatsapp merupakan saluran yang mudah dan pantas untuk menyampaikan maklumat. Jika maklumat yang disampaikan tidak benar, pastinya ia akan menjadi fitnah. Keprihatinan amat penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat dan harus ditapis dahulu sebelum disebarkan kepada orang lain.

Impak kepada pelajar pengajian tinggi
Positif.
1. Memudahkan perbincangan
Setiap pelajar di universiti pastinya akan mendapat tugasan yang banyak daripada pensyarah sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Justeru, penggunaan Whatsapp amat relevan bagi mereka untuk berbincang tugasan yang diberikan secara berkumpulan. Mereka boleh berbincang hanya dalam kumpulan Whatsapp tanpa perlu berjumpa selain dapat menjimatkan masa dan tenaga.
2. Penyampaian maklumat dengan lebih pantas dan berkesan
Whatsapp pada hari ini amat membantu para pelajar khususnya di universiti untuk menyampaikan dengan pantas dan berkesan. Di universiti pastinya capaian internet tanpa wayar (wifi) amat mudah untuk diakses sekali gus maklumat-maklumat penting dapat disampaikan secara pantas, tepat dan berkesan tanpa perlu menggunakan khidmat manusia untuk menyampaikannya. Contohnya, memberitahu rakan yang tidak hadir ke kuliah mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

1. Tiada kemahiran komunikasi
Pelajar yang keluar dari universiti haruslah mempunyai kemahiran insaniah yang baik yang bukan sekadar mendapat keputusan cemerlang pada setiap semester. Namun hari ini, pelajar universiti dilihat terlalu taksub pada media sosial seperti Whatsapp sehingga lupa untuk membina kemahiran insaniah dalam diri mereka. Setiap saat diperuntukkkan untuk berborak dengan rakan-rakan di dalam aplikasi Whatsapp dan hal yang diborakkan adalah hal-hal yang tidak penting yang tiada kaitan dengan pelajaran seperti teman istimewa, gosip artis dan sebagainya. Perkara ini harus dielakkan oleh semua pelajar universiti.
2. Penyebaran khabar angin secara berleluasa
Kehidupan di universiti pasti banyak cabarannya. Bergaul dengan macam-macam manusia yang mempunyai 1001 jenis ragam semestinya suatu cabaran yang hebat. Penggunaan Whatsapp dalam kalangan mahasiswa akan memudahkan khabar angin untuk disebarkan dalam atmosfera universiti yang serba mencabar seperti masalah kelab, kuliah dan organisasi. Khabar angin yang disebarkan tidak ditapis dahulu oleh penerima dan terus dikongsikan kepada pihak lain contohnya pembatalan kuliah oleh pensyarah. Hal ini perlu dipastikan kesahihannya sebelum disebarkan.